Thursday, May 17, 2012

KERTAS 1 TINGKATAN 4 PENDIDIKAN ISLAM


Bahagian A
                                                                    [ 40 markah ]            
Jawab semua soalan.
Soalan 1 hingga soalan 20

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Hitamkan jawapan yang tepat pada kertas jawapan yang disediakan.

1. Orang yang melakukan perbuatan syirik dinamakan

  1. Kafir
  2. Murtad
  3. Munafik
  4. Musyrik

2. Hukuman kepada penzina yang belum berkahwin ialah

  1. 8 kali sebatan
  2. 40 kali sebatan
  3. 80 kali sebatan
  4. 100 kali sebatan

·         Al-Quran bukan makhluk
·         Pelaku dosa besar dianggap mukmin yang fasik
·         Ajaran bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah
 
 




3. Pernyataan di atas merujuk kepada

  1. Ahli Sunnah Wal Jamaah
  2. Bahai
  3. Taslim
  4. Syiah Zaidiyyah

4. Umat Islam dituntut berpegang berpegang teguh kepada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana dapat

  1. Meningkatkan syiar Islam
  2. Mencapai kemanisan iman
  3. Mengembangkan aqidah Islam
  4. Membersihkan aqidah daripada kesesatan










Rounded Rectangle: Beriktikad bahawa Saidina Ali r.a. sebagai tuhan. 

5. Pernyataan di atas merujuk kepada iktikad golongan

  1. Syiah zaidiyyah
  2. Syiah Batinniah
  3. Syiah imamiah
  4. Syiah ismailiah

6. Upah haji sah disisi syarak apabila

       I.            Tidak berihram di Miqat bagi orang yang mengambil upah haji
    II.            Mengambil upah haji bagi beberapa orang dalam satu musim haji
 III.            Orang yang mengambil upah haji sempurna syarat mengerjakan haji
 IV.            Orang yang mengambil upah haji telah mengerjakan haji terlebih dahulu

A.    I dan II
B.     I dan III
C.     II dan IV
D.    III dan IV

7. Hikmah disyariatkan upah haji ialah

A.    Meningkatkan keimanan
B.     Memberi peluang anak atau keluarga berbakti
C.     Meneguhkan hubungan persaudaraan umat islam
D.    Melahirkan kesyukuran dengan nikmat harta dan kesihatan

8. Syarat binatang yang hendak disembelih mestilah

A.    Binatang yang cukup umur
B.     Mati dengan sekali sembelihan
C.     Menggunakan benda yang tajam
D.    Niat sembelihan kerana Allah s.w.t.

9. Berikut adalah perkara sunat semasa sembelihan kecuali

A.    Berselawat ke atas nabi
B.     Menyebut nama Allah s.w.t.
C.     Menghadap binatang ke arah qiblat
D.    Melakukan sembelihan pada waktu malam








Rounded Rectangle: • Perempuan yang bersuami
• Perempuan yang ditalak tiga
• Perempuan yang masih dalam idah
 




10. Pernyataan di atas berkaitan dengan perempuan yang haram dikahwini

A.    Secara batin
B.     Secara kontrak
C.     Selama-lamanya
D.    Sementara waktu

11. Antara berikut manakah yang benar mengenai unsur-unsur maksiat ketika walimatul urus

A.    Mengadakan pertunjukan silat
B.     Mengadakan gotong-royong masak-memasak
C.     Mengadakan majlis berzanji dan bermain kompang
D.    Mengizinkan percampuran bukan mahram tanpa batasan

12. Ciri-ciri kepimpinan Khulafa’ ar-Rasyidin ialah

          I.            Golongan yang beriman
       II.            Pemerintahan bercorak warisan
    III.            Bersedia menerima pandangan rakyat
    IV.            Menggunakan harta negara untuk kepentingan sendiri

A.    I dan II
B.     I dan III
C.     II dan IV
D.    III dan IV

Cukai tanah yang diusahakan oleh orang bukan islam
 
 


13. Pernyataan di atas berkaitan dengan

A.    Usyur
B.     Jizyah
C.     Kharaj
D.    Ghanimah

14. Imam al-Ghazali r.h diberi gelaran Hujjatul Islam kerana

A.    Kecerdikan dalam ilmu usuluddin
B.     Keadilan dalam mengadili orang salah
C.     Mempunyai hubungan dengan keluarga Rasulullah s.a.w.
D.    Kemasyhurannya dan kekuatannya dalam membela Islam.



15. Antara berikut, yang manakah bukan faktor perkembangan pendidikan pada zaman kerajaan Abbasiyyah

A.    Perluasan wilayah
B.     Kreativiti para ulama
C.     Aktiviti penterjemahan
D.    Usaha dan galakan khalifah

16. Berikut adalah kepentingan menjaga adab semasa bermusafir kecuali

A.    Supaya perjalanan tidak sesat
B.     Menjalin hubungan silaturrahim
C.     Sentiasa mendapat perlindungan Allah s.w.t.
D.    Mengelak daripada terjerumus ke kancah maksiat

17. Sumber berfikir berlandaskan syariat Islam ialah

          I.            Wahyu
       II.            Akal fikiran
    III.            Mimpi indah
    IV.            Hasil penulisan

A.    I dan II
B.     I dan III
C.     II dan IV
D.    III dan IV

18. Murtad boleh berlaku melalui tiga cara iaitu,

          I.            iktikad
       II.            perkataan
    III.            pentadbiran
    IV.            perbuatan

A.    I , II dan IV
B.     I , III an IV
C.     II , III dan IV
D.    I , II , III dan IV

19.Perempuan haram dikahwini disebabkan faktor berikut kecuali
A   Keturunan
B   Persaudaraan
C   Penyusuan
D   Persemendaan

20. Pembedahan plastik yang dibenarkan oleh syarak ialah

A.    Membangga diri
B.     Tujuan kecantikan
C.     Kelihatan lebih muda
D.    Mengembalikan fungsi anggota badan



Soalan 21 hingga Soalan 40.
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

21. ____________ ialah kembali semula taat kepada Allah s.w.t. setelah menyesal melanggar perintah atau larangan-Nya.

 





22. U di atas ialah _________________

 




23.  X  ialah _________________ dan Y ialah ilmu berteraskan akal

24. _____________ ialah tempat belajar bagi kanak-kanak di sekitar masjid pada zaman kerajaan Bani Umayyah.

25. ___________ orang yang tidak beragama.

26. Hassan bin Haitham mempunyai kemahiran dalam bidang ilmu __________

27. Peminangan boleh dilakukan dengan lafaz soreh dan  __________

28. Pengasas Ahli Sunnah Waljamaah ialah ______________

Rukun Sembelihan
Penyembelih
S
Alat Sembelihan



29. S dalam rajah di atas ialah ____________

30. Tawaf ialah salah satu daripada rukun haj yang dilakukan selepas __________

31.  ____________ ialah menyembelih binatang ternakan pada 10 , 11 , 12 dan 13 Zulhijjah.

32. Hukum membuat tatu pada mana-mana anggota badan ialah _____________

33. Syarat sah sembelihan ialah memutuskan urat merih dan urat __________

34. Khalifah ___________ telah membukukan al-Quran dalam satu naskah.

35. Tokoh ilmu perubatan yang terkenal pada zaman Bani Abbasiyyah ialah __________

36. __________ ialah menuduh perempuan baik melakukan zina tanpa membawa empat orang saksi lelaki yang adil.

37. Rasulullah s.a.w. menyarankan melantik seorang ketua sekiranya bermusafir melebihi ________ orang.

38. ______________ ditugaskan mengintip kekuatan dan kedudukan musuh dalam ketenteraan pada zaman Abasiyah

39. Golongan lelaki diharamkan memakai emas dan _______________

40. Hukum  bermusfir dengan tujuan melihat kebesaran Allah ialah ___________
  


Bahagian B
[ 60 markah ]

Jawab tiga soalan : Soalan 1. Soalan 2 dan mana-mana satu soalan berikutnya.

1. (a)  Zina adalah perbuatan keji yang dilaknat oleh Allah s.w.t.

           i.            Apakah maksud zina?                                                                                   [ 2 markah ]
         ii.            Jelaskan dua faktor berlakunya perbuatan tersebut.                                          [ 4 markah ]
       iii.            Terangkan dua usaha menghindari perbuatan tersebut dalam kalangan remaja.                                                                                                                                         [ 4 markah ]
    (b) Khurafat adalah salah satu daripada perkara yang membatalkan iman.

           i.            Apakah maksud khurafat?                                                                            [ 2 markah ]
         ii.            Terangkan dua langkah mengatasi perbuatan tersebut dalam kalangan remaja.                                                                                                                                          [ 4 markah ]

    (c) i. Siapakah golongan khawarij?                                                                        [ 2 markah ]
   ii. Nyatakan dua pegangan Khawarij yang bertentangan dengan pegangan
     Ahli Sunnah Wal Jamaah.                                                                              [ 2 markah ]

2. (a) i. Nyatakan dua syarat sah binatang sembelihan.                                           N  [ 2 markah ]
           ii. Terangkan dua hikmah sembelihan.                                                           [ 4 markah ]

    (b) Mahar adalah pemberian suami kepada isteri sempena perkahwinan.

           i.            Nyatakan hukum pemberian mahar.                                                              [ 2 markah ]
         ii.            Jelaskan dua syarat mahar.                                                                          [ 4 markah ]
       iii.            Jelaskan dua hikmah disyariatkan mahar dalam Islam.                                     [ 4 markah ]

(c) Nyatakan hukum dan alasan bagi situasi berikut:

           i.            Pak Abu memberi sebahagian daging korban kepada Ah Kau.                            [ 2 markah ]
         ii.            Selepas diceraikan dua bulan secara fasakh, Puan Salmah dirujuk semula oleh suaminya.                                                                                                                         [ 2 markah ]                                                                                                             
3. (a) i. Senaraikan dua polisi khalifah Uthman bin Affan r.a.                                       [ 2 markah ]
           ii. Jelaskan dua akibat membelakangkan kepimpinan Khualafa’ ar-Rasyidin.        [ 4 markah ]

    (b) i. Terangkan dua bukti yang menunjukkan imam malik rahimahullah sangat memuliakan Rasulullah s.a.w.                                                                                       [ 4 markah ]
           ii. Nyatakan dua sifat ketegasan Imam Malik rahimahullah yang dapat anda contohi.                                                                                                                                            [ 2 markah ]
    (c) Menziarahi jenazah adalah amalan yang sangat dituntut dalam Islam.

           i.            Nyatakan dua adab menziarahi jenazah.                                                         [ 2 markah ]
         ii.            Nyatakan dua kelebihan menziarahi jenazah.                                                   [ 2 markah ]
       iii.            Senaraikan dua amalan yang harus dijauhi semasa menziarahi jenazah.               [ 4 markah ]

4. (a) Perkembangan bidang ekonomi telah menyumbangkepada kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyyah.

           i.            Nyatakan dua sektor ekonomi utama pada zaman tersebut.                             [ 2 markah ]
         ii.            Terangkan dua sumber kewangan pada zaman tersebut.                                 [ 4 markah ]

     (b) Ibnu Sina terkenal dalam bidang perubatan Islam.

           i.            Nyatakan karya beliau dalam bidang perubatan.                                             [ 2 markah ]
         ii.            Jelaskan dua bukti kecemerlangan beliau dalam bidang tersebut.                      [ 4 markah ]
   
     (c) (i) Jelaskan situasi bermusafir berikut;

a.       Sunat
b.      Haram                                                                                                       [ 4 markah ]

(ii) Jelaskan dua adab sebelum bermusafir.                                                   [ 4 markah ]


KERTAS SOALAN TAMAT