Saturday, November 3, 2012

CARA MENJAWAB SPM




i.MASALAH  PEMBELAJARAN  PENDIDIKAN ISLAM

1. PELAJAR BERANGGAPAN  KECEMERLANGAN DALAM SUBJEK LAIN ADALAH LEBIH PENTING DARI SUBJEK PENDIDIKAN  ISLAM
AKIBATNYA:

MURID KURANG MINAT DAN TIDAK MEMBERI PERHATIAN SEPENUHNYA TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

MURID SERING MEMBUAT  PERSIAPAN TERAKHIR

CARA MENGATASI
Tukar anggapan Mata pelajaran Pendidikan Islam

Ibadah dan amalan Maruah sebagai umat Islam

Kefahaman yang mantap dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
Menjadi pemangkin kepada kejayaan mata pelajaran lain
      Pedoman Hidup
     Sejarah suka duka

2. MURID KURANG /TIDAK   MENGUASAI KEMAHIRAN ASAS PENDIDIKAN  ISLAM

ANTARANYA

i.  TIDAK MENGUASAI PEMBACAAN,   
    PENULISAN DAN AYAT HAFAZAN
    DALAM AL-QURAN DAN HADIS
ii. TIDAK DAPAT MEMBACA DAN   
    MENULIS TULISAN JAWI
iii. TIDAK DAPAT MEMBERI 
     ISTILAH/DEFINISI YANG TEPAT
CARA MENGATASI
Kuatkan semangat
Latihtubi
Kelemahan diri perlu dijadikan sebagai pemangkin untuk berubah BUKAN sebagai penghalang
Jangan takut untuk berubah
Sabar dalam setiap usaha
Istiqamah
3. KURANG PENGETAHUAN   TEKNIK MENJAWAB SOALAN YANG BETUL
AKIBATNYA


TIDAK DAPAT MENGUASAI KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN YANG BERKESAN

TIDAK DAPAT MENJAWAB  MENEPATI SKEMA PEMARKAHAN SPM






PERSEDIAAN UNTUK MENJAWAB PEPERIKSAAN

SEBELUM MENJAWAB

1. Baca arahan pada muka hadapan soalan.
2. Baca semua soalan

 KERTAS 1 :
    Masa : 2 jam
    BAHAGIAN A [OBJEKTIF]                                 
    BAHAGIAN B  (SOALAN 1- 4)
 Soalan 1 & Soalan 2 wajib jawab , Soalan 3 & Soalan 4 pilih       salah satu
             
 KERTAS 2:
 Masa: 1 jam 40 minit
    SOALAN 1 HINGGA 5
  Wajib jawab semua
3. Rancang Masa: KERTAS 2[1 JAM 40MNT] setiap soalan 20 minit.
4. Pilih / tanda soalan yang hendak dijawab
5. Tulis rangka jawapan/isi penting pada hujung soalan
6. Gariskan fakta / kata kunci penting pada
     soalan.
7. Bahagikan masa yang sama banyak untuk  
    setiap soalan.

SEMASA MENJAWAB
1.  Jawab Bahagian  A  dahulu 

2. Jawapan mestilah kemas,  ringkas, padat, tepat dan bersistem

3. Tulisan mesti baik (besar, jelas, kemas, bersih)

4. Mulakan jawapan dengan kepala jawapan.

5. Tulis nombor soalan

6. Tulis markah dihujung jawapan

7. Tulis jawapan dalam bentuk point

8. Baca soalan dan gariskan kehendak   soalan

 9. Selangkan beberapa baris di antara jawapan

10.Tinggalkan ruang untuk pemeriksa     meletakkan markaH pada bahagian  sebelah kanan kertas jawapan                    

11. Jawab semua bahagian / ceraian soalan

12.Berikan fakta / isi lebih dari yang diminta.

13.Jawab soalan yang senang dahulu dan jangan buang masa memikirkan soalan yang susah

14.Jawab pada muka surat baru bagi setiap soalan yang berlainan

15.Hayati soalan dan anggaplah ianya berlaku pada diri, keluarga dan masyarakat di sekitar anda

16.Jawab lebih dari 3 soalan (Bahagian B (Kertas 1) )

17.Gunakan pen yang terang sebaik-baiknya pen warna hitam atau biru yang mediam

SELESAI MENJAWAB

Semak semula jawapan pada semua soalan.

 Jangan dipadamkan jawapan yang ragu-ragu

No comments:

Post a Comment

Post a Comment