Monday, March 17, 2014

Kematian Satu Kepastian

Gambar yang diambil sendiri oleh arwah setelah beliau disahkan kanser hati tahap 4

Arwah ketika ditahan di Hospital Queen 2, dikunjungi oleh wakil Darul Syifa'  Bandar Seirra

Arwah memimpin majlis zikir Darul Syifa'

Kenangan arwah bersama anak-anak di Tanjung Aru

Kenagan arwah di bilik guru Sk. St. John

Kenangan di Kg. Paya Laman Lanchang

Kenangan di Ladang Unta ketika umrah Jun 2012

Kenangan arwah bersama rakan-rakan perawat Darul Syifa'

Kenangan di Kedah

Kenangan di Bilik Guru
2013 telah melabuhkan tirainya, namun dugaan dan ujian yang sangat berat telah ku lalui pada tahun itu....
Ku singkap kembali kenangan di saat terakhir bersama insan yang sangat ku sayangi iaitu arwah suamiku Bohari Abd Ghani....
Selama berkahwin dengan arwah hampir 16 tahun arwah tak pernah sakit yang serius, tak pernah ditahan di mana-mana hospital...

Bermula hanya dengan arwah mengadu demam bermula 5 Mac 2013....ku membawa arwah ke klinik Medi Sinar Tuaran, doktor bagi ubat demam...katanya kalau demam tak baik lepas makan ubat dari kliniknya pergi hospital...
Arwah demam yang tak turun panas badanya walapun dah makan ubat dan badannya berpeluh...sampai tahap kadang-kadang bersentuh badan dengan sesuatu pun arwah rasa sakit sangat....

8 Mac 2013 ku membawa arwah ke Hospital Tuaran untuk pemeriksaan lebih lanjut....arwah dimasukkan air berpeluh-peluh badannya.....doktor kata bagus dibawa ke Hospital Queen untuk rawatan seterusnya kerana katanya kemungkinan kekurangan garam dalam badan ada juga suspek keracunan makanan macam-macam andaian hospital ....Lebih kurang jam 4 petang arwah dibawa dengan ambulans ke Hospital Queen 2....
Ku terpaksa pergi kemudian sebab nak urus anak yang bersekolah...lepas ambik anak balik sekolah selepas Maghrib ku bertolak ke Hospital Queen 2....
Sampai di sana arwah masih lagi di wad kecemasan belum dimasukkan ke wad....kesejukkan arwah....mintak tlg cikgu Hafiz belikan baju sejuk dan stokin....

Jam 11 malam dipindahkan pula ke Hospital Queen 1...Arwah masuk wad pada malam Jumaat....pada jam 2 pagi tiba-tiba arwah mengalami kesejukkan yang amat sangat sampai menggeletar bergegar katil sehingga hilang kawalan diri ....ku hanya mampu menangis melihat keadaan suamiku dengan berkata" sabar bang".....
Doktor pun hampir-hampir tak dapat mengawal keadaan dimasukkan ubat penurun kepanasan sehingga 4 biji....diberi bantuan oksigen....barulah keadaan suamiku beransur tahan sedikit.....

9 Mac 2013 (Jumaat) Arwah dibawa untuk nembuat ultrasound dan xray....kata doktor kemungkinan ada nanah di hati arwah....

10 Mac 2013 dipindahkan semula ke Queen 2....disana arwah ditebuk sedikit dibahagian bawah dada sebelah kanan untuk mengeluarkan nanah....lbh kurang seminggu arwah duduk diwad ...ku setia menemaninya sekali sekala balik sekejap menjenguk anak-anak dirumah....minta tolong Atira uruskan anak-anak....
Kawan-kawan datang menziarah....terima kasih....arwah diberi cuti sakit sehingga appoiment yang seterusnya....kak long dan kak zaini bersama suami masing-masing dari Pahang datang untuk melihat keadaan arwah....
Semua adik beradik arwah datang untuk melihat sendiri keadaan arwah...
Arwah boleh bercakap dan buat kerja macam biasa selepas itu walapun masih dalam rawatan lanjutan....
Sebelum cutì skolah bulan Mei  arwah minta rawatannya dibuat di hospital di semenanjung kerana senang dekat dengan keluarga

Pada bulan Mei kami pulang awal seminggu dari cuti persekolahan....23 Mei 2013 arwah suami sempat lagi menjadi saksi untuk perkahwinan adikku Noraliah dengan suaminya Mohd Idham di pejabat agama Temerloh walaupun ketika itu arwah sudah pun sakit.....

Selepas itu kami sekeluarga terus bertolak ke Jerantut, singgah membeli air tebu sebab terlalu haus....sampai di rumah arwah mengadu sakit-sakit....arwah memanggil adik-beradiknya untu berkumpul makan-makan di rumah kami di Embun Jaya, begitulah sikap arwah yang sentiasa ingin berkumpul bersama adik-beradiknya apabila balik ke kampung...

Pada malam itu kami makan beramai-ramai di rumah dengan masing-masing membawa  menu dari rumah...arwah tersenyum puas hati kerana hajatnya untuk makan bersama adik-beradik dan sanak saudaranya tercapai walaupun ada yang tak dapat datang atas urusan kerja....

Malam 24 Mei 2013 arwah mengadu sakit yang amat sangat....sampai tak boleh tidur.....keesokkan harinya arawah menelepon kak Zaini dan beritahu keadaannya....

25 Mei 2013 , ku membawa arwah ke HOSHAS  ....terus ditahan di wad selama 5 hari kemudian dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan lanjutan di PPUKM...ku akur dengan nasihat doktor...

30 Mei 2013, arwah dipindahkan dari HOSHAS ke PPUKM dengan menaiki ambulans....sampai di PPUKM doktor memaklumkan rawatan akan hanya dibuat pada hari Selasa hadapan 4 Jun 2013 , jadi arawah suami mengambil keputusan untuk keluar wad dahulu sementara menunggu hari Selasa...

Discharge dari PPUKM petang tu dan bawa arwah suami berehat di rumah Andak di Taman Mewah Cheras tak jauh dari hospital..."dari melihat orang sakit nanti kita yang tak sakit jadi sakit" begitulah kata arwah..

4 Jun 2013, arwah masuk hospital semula untuk membuat "Biopsi" iaitu mengambil sample dari ketumbuhan untuk memastikan sama ada ianya ketumbuhan biasa atau tidak.

Aku sentiasa menemani suami disisi katilnya sepanjang berada di hospital....sehinggakan di PPUKM terpaksa tidur sekatil dengan arwah sebab tiada kemudahan kerusi yang sesuai untuk tidur disediakan....

Doktor menyuruh arwah suami masuk semula ke PPUKM pada 24 Jun 2013 untuk mengetahui keputusan "biopsi" yang dibuat dan untuk membuat teropng padan rawatan seterusnya.

Dalam tempoh menunggu untuk masuk semula wad pada 24 Jun 2013 kami sempat lagi balik ke Sabah untuk menguruskan surat pertukaran ke semenanjung dan menguruskan urusan yang tertunda sebelum ini...pada asalnya nak balik seorang je ke Sabah tapi arwah berkeras juga nak ikut...sampai dia kata "yelah orang dah tak nak jaga dia" tersentap juga bila dengar ayat tu keluar dari mulut seorang suami .... terus telefon Shuhairi minta tolong belikkan tiket balik Sabah esok...alhamdulillah masih ada.....baliklah kami berdua.....

Sampai Sabah .....kami menguruskan apa yang patut sebaba masa yang terhad nanti nak balik semula untuk rawatan arwah....arwah sempat membuat pertukaran nama motor yang dibelinya dari cikgu Sekolah Badin, sempat membaiki motor   dan ada lagi perkara-perkara lain yang sempat arwah lakukan semasa balik ke Sabah walaupun arwah diberi cuti sakit.....

Sempat kami bertemu degan Pengarah Pelajaran Sabah memohon sokongannya untuk permohonan pertukaran kami.....

17 Jun 2013...kami pulang ke Pahang......seperti biasa En. Hashim mengambil kami di KLIA.....aku teringin nak makan satay Kajang.....arwah suami sempat mengajak En. Hashim berhenti untuk makan satay Kajang....terharu jugak rasa bila arwah masih memenuhi hajat ku walaupun bukan di Kajang tapi dapat makan satay kajang pun tak pa lah.....membungkus jugak satay untuk anak-anak....

18 Jun 2013....aku ditemani adik untuk menguruskan pertukaran anak-anak......dan keesokkan harinya 19 Jun 2013 arwah suami menguruskan penghantaran surat rayuan ke Putera Jaya bersama abangnya Ngah Khairuddin...aku ke Temerloh bersama adik untuk melihat handset yang disukai oleh arwah dan membelikan untuknya.....aku juga membeli basikal untuk anak-anak.....sampai di rumah arwah suami sedang menunggu kepulangan ku balik dari Temerloh.....ku berikan handset yang diingini oleh arwah......alhamdulillah aku dapat memenuhi keinginan arwah walaupun hanya sempat seminggu  arwah menggunakan handset tu.....

20 Jun 2013.....arwah nak balik ke rumah Jerantut......meminta adik-beradiknya untuk datang.....biasalah arwah memang jarang dikecewakan oleh adik beradiknya apabila  arwah meminta sesuatu.....kak long suruh berpantang jangan makan pun... malam arwah bangun makan jugak......pagi pergi pekan sari beli jering rebus cecah kelapa itu je arwah selera nak makan ....aku cakap "makan la bang".....




PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH

Setelah 13 tahun mengajar di sekolah menengah, mulai bulan Julai 2013 saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan Islam sekolah rendah dan Pendidikan  Seni Tahun 4...

Tertanya-tanya juga jauh di lubuk hati macam mana nak mengajar sekolah rendah ni.....sudah biasa mengajar pelajar sekolah menengah yang mempunyai aras pemikiran dan gaya pembelajaran yang berbeza dari sekolah rendah....

Ternyata semuanya adalah perancangan yang Maha Esa.....Alhamdulillah dipermudahkan olehNya.....seronok pulak mengajar murid-murid sekolah rendah ni....tambahan pula sekolah yang saya ditempatkan ini adalah Sekolah Model Khas Seri Tualang (SISP) yang terdiri dari murid-murid terpilih dari tahun 4 hingga tahun 6 sahaja....

Ternyata niat untuk mengajar di sekolah rendaha pada suatu ketika dahulu dimakblkan olehNya.....bersyukur sangat.....tak pernah terbayang dan terduga segalanya akan berlaku sebegini......itulah kekuasaanMu ya Allah....

Pada awalnya saya hanya diberi mengajar sedikit sahaja Pendidikan Islam iaitu satu kelas Tahun 6 dan satu kelas Tahun 5 selebihnya utuk Tahun 4, Pendidikan Seni.

Namu begitu pada tahun 2014, saya dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk mengajar Pendidikan Islam SISP dari Tahun 4 hingga Tahun 6.

Cabarannya ialah Tahun 4 bermulanya KSSR, iaitu pembelajaran berdasarkan Tahap Penguasaan murid.Bermula dai Tahap 1 hingga Tahap 6. Tapi tak apa itu semua cabaran serta pengalaman yang perlu dipelajari sebaik mungkin, sebab tidak semua sesuatu benda kita akan tahu terus tanpa proses pembelajaran terlebih dahulu.