Posts

Showing posts from December, 2011

MERAWAT DAN MEMAGAR RUMAH

Image
Alhamdulillah cuti sekolah baru-baru ni saya telah melakukan satu ikhtiar dan usaha untuk merawat serta memagar rumah emak dengan cara rawatan Islam oleh bapa saudara saya sendiri ustaz Ishak Abul Rahman, salah seorang perawat di Darul Syifa , Bangi yang telah pun mempunyai pusat rawatan sendiri di Darul Syifa Mentakab, Taman Bukit Bendera , Pahang. Saya membuat rawatan dan memagar rumah mak ini dengan tujuan untuk menjauhkan sebarang gangguan makhluk Allah yang lain sama ada jin ataupun manusia yang bertujuan tidak baik sama ada dalam rumah ataupun persekitaran rumah. Sebelum proses rawatan dan memagar rumah dibuat saya diminta untuk menyediakan air yassin yang telah dibaca yassin sebanyak 44 kali, garam kasar, lada hitam dan 4 batang teras asam jawa.Setelah bahan-bahan ini tersedia garam dan lada hitam akan dicampur dan digaul dalam satu bekas dan akan dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan tujuan rawatan dan memagar rumah sambil 4 teras kayu asam jawa di cucu...

KERJA ADALAH IBADAT

Banyak yang berkata, kerja adalah ibadah. Pernyataan ini boleh jadi benar dan boleh jadi  juga salah, bergantung kepada kejujuran dari masing-masing yang mengucapkannya. Sesuatu yang kita sandarkan sebagai ibadah mestilah harus ada dalil dan tuntunannya dari syariat. Bukan dengan pertimbangan akal atau pertimbangan selera kita semata-mata. Apakah bekerja kemudian melupakan kewajiban yang lebih besar seperti Solat 5 waktu boleh dikatakan ibadah? Bukankah banyak orang yang melalaikan solat wajib dengan alasan kesibukannya dalam bekerja? Apakah bekerja dengan melupakan hak-hak keluarga juga dikatakan ibadah? Apakah bekerja dengan tujuan menjadi kaya dan mengumpul harta adalah ibadah? Apakah bekerja dengan berikhtilath (campur baur laki perempuan yang bukan mahram dalam suatu tempat) dikatakan ibadah? Apakah bekerja kemudian ia belanjakan hartanya dijalan yang tidak diredhai Allah juga ibadah? Untuk membelikan baju baru isterinya, atau anaknya, padahal dalam almari masih tersi...

KEWUJUDAN JIN

Image
Percaya atau tidak kita sebagai makhluk ciptaan Allah mesti yakin dan percaya bahawa Allah telah mencipta makhluk yang bernama "Jin" yang juga bernyawa seperti kita manusia. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu" Cuma manusia t idak dapat melihat makhluk Allah yang bernama jin ini dengan mata kasar kecuali kepada mereka yang diizinkan oleh Allah untuk melihatnya. Cuba lihat dan teliti gambar-gambar dibawah, pastinya rasa tak percaya dan pelik serta tertanya-tanya akan keluar dari benak fikiran apa sebenarnya  berbintik-bintik atau bulat-bulat seperti embun atau buih tu ye.... Memagar di belakang rumah Memagar di hadapan rumah Pemandangan di atas pokok Kekabu Pemandangan sekitar luar rumah yang sedang dipagar Percaya atau tidak itulah hakikat rupa dan bentuk makhluk Allah yang bernama Jin......bayangkan ramainya mereka....apa tidaknya....nisbah manusi...

TAK DAPAT 100%

Hampa juga rasanya bila target nak kekalkan rekod pencapaian 100%  lulus subjek PI PMR untuk tahun 2011 ni tak tercapai......rasa bersalah ada, kecewa , geram , kesian semua ada bercampur baur dalam benak fikiran ini bila hanya berjaya mendapatkan 81.3% aje dengan jumlah calon 16 orang......tiada yang dapat A , B : 4 orang, C : 6 orang , D : 3 orang dan E : 3 orang. Walau bagaimanapun tahniah kepada pelajar yang berjaya lulus walaupun 2 tahun  (Tingkatan 1 & 2 ) kamu tak belajar dan diajar dengan baik sukatan PI ni....kesian saya pada kamu semua.....alhamdulillah SPM nanti buat yang terbaik.....

Persatuan Pelajar Islam (PERPIS)SMK.Tun Fuad Stephens

Image
Alhamdulillah....sudah setahun lebih saya mengajar di sekolah SMKTFS.....dan disini senang diurus sebarang aktiviti dan program PERPIS....pelajar-pelajar muslimnya senang memberikan kerjasama.....semoga Allah mempermudahkan perlaksanaan aktiviti yang dirancang untuk 2012 nanti.....disini dimuatkan beberapa gambar aktiviti PERPIS 2011... Hadiah untuk pemenanh Minggu Penghayatan Islam Menyampaikan hadiah kepada pemenang  Jamuan Aidil Fitri Add caption Hem.....sedapnya