Saturday, December 31, 2011

MERAWAT DAN MEMAGAR RUMAH

Alhamdulillah cuti sekolah baru-baru ni saya telah melakukan satu ikhtiar dan usaha untuk merawat serta memagar rumah emak dengan cara rawatan Islam oleh bapa saudara saya sendiri ustaz Ishak Abul Rahman, salah seorang perawat di Darul Syifa , Bangi yang telah pun mempunyai pusat rawatan sendiri di Darul Syifa Mentakab, Taman Bukit Bendera , Pahang.
Saya membuat rawatan dan memagar rumah mak ini dengan tujuan untuk menjauhkan sebarang gangguan makhluk Allah yang lain sama ada jin ataupun manusia yang bertujuan tidak baik sama ada dalam rumah ataupun persekitaran rumah.
Sebelum proses rawatan dan memagar rumah dibuat saya diminta untuk menyediakan air yassin yang telah dibaca yassin sebanyak 44 kali, garam kasar, lada hitam dan 4 batang teras asam jawa.Setelah bahan-bahan ini tersedia garam dan lada hitam akan dicampur dan digaul dalam satu bekas dan akan dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan tujuan rawatan dan memagar rumah sambil 4 teras kayu asam jawa di cucuk-cucuk dalam garam dan lada hitam tadi.
Ustaz Ishak sedang menaburkan garam dan lada hitam yang telah didoakan

Ustaz Bohari melaungkan azan ketika proses rawatan dalam rumah dilakukan

Garam dan lada hitam ditaburkan ke seluruh rumah

Proses menyiram air yassin
Menurut ustaz Ishak, sebelum memagar kawasan luar rumah , kawasan dalam rumah mestilah dirawat terlebih dahulu, supaya sekiranya ada makhluk Allah yang lain ada di dalam rumah itu dapat dihalau keluar terlebih dahulu sebelum proses memagar dibuat.
Setelah proses rawatan dalam rumah selesai barulah proses memagar di luar rumah dilakukan dengan kaedah yang sama seperti di dalam rumah.



Usaha memagar sekeliling rumah


Setelah selesai proses memagar sekeliling rumah , maka berakhirlah proses merawat dan memagar rumah.Semoga Allah memperkenankan usaha yang kami lakukan amin ya rabbalaalamin....

No comments:

Post a Comment