Posts

MAK & MAK MERTUA

Image
Kedua-dua insan ini adalah orang paling banyak berkorban untuk diri ini........mak menjangkau usia 70an manakala mak mertua pula pertengahan 70an..... Mak mertua yang semakin uzur Mak berhari raya di Sabah Semoga mak sentiasa tabah dan sabar menghadapi ujian hidup ini Rasanya tiada beza antara kedua insan ini hanya yang membezakan mak melahir dan membesarkan diri ini manakala mak mertua pula melahirkan dan membesarkan suamiku......apabila seseorang itu kahwin ertinya dia berkahwin juga dengan seluruh ahli keluarga suaminya......termasuklah mak mertua.....bagi saya mak  dan mak mertua dua insan yang tiada gantinya.......Ya Allah rahmatilah dan lindungilah mereka, kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil lagi.....amin ya rabbal alamin....... Pada 09 Ogos 2012 ....saya dan keluarga pulang ke kampung apabila menerima beberapa panggilan daripada abang ipar dan kakak ipar yang mengatakan mak mertua sakit tenat....hati saya dan suami meras...

SAYA DAN CUTI SEKOLAH

Tepat jam 12.15 tgh pada 19 November 2011 yang lalu saya dan keluarga telah memasuki ruangan boarding untuk menaiki kapal terbang untuk bercuti di kampung sempena cuti sekolah ini.Anak-anak lah yang paling seronok bila tiba musim balik kampung macam ni......m bolehlah yang penting selamat semasa dalam penerbangan ada juga masanya kecut jugak perut sebab agak bergoyang kapal hari itu sebab cuaca kurang memuaskan...alhamdulillah jam 3 lebih kami mendarat di KLIA.....kereta yang mengambil kami pun dah lama menunggu......mulakan perjalanan menaiki kereta Honda sampai di Putera Jayatukar kereta Wira....apa-apapun ok la.....yang penting selamat sampai.....berhenti solat jamak takhir di tol Gombak......makan roti canai mamak di Restoran berhampiran Shell di Gombak....teruskan perjalanan berhenti pulak solat Maghrib di tol Karak....alhamdulillah lebih kurang jam 8 lebih sampai rumah.....mak dah lama tunggu.....makan malam dengan hidangan yang disediakan oleh mak......rehat jap lepas tu tido k...

IMAM AL-GHAZALI

IMAM AL-GHAZALI RIWAYAT HIDUP Nama    : Ab Hamad Muhammad bin Muhammad Lahir      : Di Bandar Tus , Khurasan ( Iran ) Tarikh    : 450 Hijrah / 1058 Masihi Gelaran Ghazali sempena nama kampungnya Ghazalah . Dari keluarga miskin. Ayahnya pemintal bulu kambing Meninggal dunia pada 505 H / usia 55 T. SIFAT PERIBADI Memiliki ketinggian ilmu Sangat gigih dalam menuntut ilmu Cintakan ilmu Sabar menghadapi kesusahan hidup Daya ingatan yang kuat Bijak dalam berhujah Digelar Hujjatul Islam kerana kecekapan dan kekuatannya membela Islam PENDIDIKAN Dididikan awal daripada abangnya Meneruskan pengajian dalam pelbagai bidang ilmu Membuat perbandingan antara mazhab mengenai sesuatu hukum Dilantik sebagai mahaguru di Madrasah Nizamiah Mengembara ke beberapa negara untuk menuntut ilmu SUMBANGAN Penasihat kepada Perdana Menteri Pensyarah Kanan di Universiti Nizamiah Mendukung aliran ahli sunnah waljamaah...

SEJARAH RINGKAS IMAM ABU HANIFAH

IMAM ABU HANIFAH RIWAYAT HIDUP Nama     : Nu’man bin Tsabit Rahimahullah Lahir       : Kufah Masa      : 80 hijrah / 699 masihi Keturunan :   Parsi Dikenali sebagai Abu Hanifah kerana mempunyai anak benama Hanifah. Keluarganya mewah kerana bapanya adalah ahli perniagaan. PENDIDIKAN Pelajari pelbagai ilmu terutama ilmu undang-undang Islam Penglibatan dalam perniagaan bolehkan beliau mengeluarkan pendapat tentang hukum Islam berkaitan ekonomi. Gurunya ialah Imam Hammad Abi Sulaiman selama 18 tahun dan beberapa sahabat. SIFAT PERIBADI Memiliki ketinggian ilmu pengetahuan Seorang yang pemurah Mempunyai cita-cita yang tinggi Rajin beribadah Seorang yang warak dan qanaah SUMBANGAN Menyampaikan ilmu pegetahuan kepada orang ramai Pakar dalam ilmu feqah Orang pertama menyusun kitab feqah mengikut bab dan tajuk secara tersusun Teliti dalam menentukan martabat hadis Menulis ...

AKTIVITI PERSATUAN PELAJAR ISLAM 2011

Image
Bilangan pelajar Islam di sekolah Tun Fuad Stephens hanya lebih kurang 102 orang.....tapi alhamdulillah senang sikit nak buat aktiviti pelajarnya tak ramai....dari awal tahun 2011 pelbagai aktiviti telah dirancang anataranya Minggu Penghayatan Islam sepanjang minggu ini ada beberapa pertandingan diajnurkan antaranya Tilawahah Al-Quran, Hafazan , Syarahan , Kuiz , Berbalas Pantun, Nasyid , Mini Banner , Kemahiran Jawi dan Azan .Tujuan program ini dibuat untuk mencari wakil ke peringkat daerah di SMK. Tamparuli.... Kemudian dibuat program ceramah    dan perarakan sempena MaulidurRasul. Pelajar sedang diajar cara menyembelih yang betul Ayam-ayam yang akan disembelih Ustaz  sedang menunjukkan cara yang betul untuk menyembelih Pelajar memberanikan diri untuk menyembelih sedang dipantau oleh ustaz

SAYA DAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Apabila saya diberi mandat dan amanah serta tanggungjawab untuk mengajar pendidikan Islam terasa amat besar tanggungjawab yang dipikul.....adakah saya mampu untuk melaksanakan amanah ini dengan sempurna......?Tentu banyak cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi.....sekarang sudah masuk 10 tahun lebih saya mengajar matapelajaran pendidikan Islam ini di 2 buah sekolah yang amat berbeza latarbelakang pelajar-pelajarnya.... Saya tertanya-tanya kenapa susah betul pelajar-pelajar ini untuk menerima dan mengamalkan apa yang diajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam....dimanakah silapnya? Bila ditanya tentang solat tak sampai pun 20% daripada mereka yang melaksanakan ibadat itu dengan sempurna 5 waktu sehari semalam , walaupun mereka tahu ibadat itu adalah wajib dan berdosa jika ditinggalkan.....tapi mereka masih melakukannya.....puasa pun begitu....adakah keadaan persekitaran yang mempengaruhi mereka ini...... keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang rapat dengan mereka...? Di...

HIDANGAN AIDIL ADHA

Image
Semalam saya belajar dapat satu lagi ilmu yang berguna iaitu membuat Ketupat Palas......alhamdulillah ada kawan yang sanggup ajar dan tolong buat ketupat tu sampai siap....... Ketupat Palas dan ketupat biasa yang dah masak   Kalau kita rajin belajar insyaAllah apa-apa pun boleh dibuat.......yang penting usaha......buat Rendang Kicap Daging Kerbau Rendang Kicap Daging Kerbau Tambah lagi Rendang Ayam takut-takut kalau ada tetamu yang tak makan daging.... Rendang Ayam Untuk kanak-kanak hemmmkasi goreng sayap ayam..... Sayap Ayam Goreng       Menu sampingan Mee Hailam..... Kuah untul Mee Hailam Pencuci mulutnya Agar-Agar Pandan..... Agar-Agar Pandan Alahmdulillah dapat menyiapkan menu untuk hidangan tetamu Hari Raya Aidil Adha.......