Friday, November 25, 2011

MAK & MAK MERTUA

Kedua-dua insan ini adalah orang paling banyak berkorban untuk diri ini........mak menjangkau usia 70an manakala mak mertua pula pertengahan 70an.....
Mak mertua yang semakin uzur
Mak berhari raya di Sabah

Semoga mak sentiasa tabah dan sabar menghadapi ujian hidup ini

Rasanya tiada beza antara kedua insan ini hanya yang membezakan mak melahir dan membesarkan diri ini manakala mak mertua pula melahirkan dan membesarkan suamiku......apabila seseorang itu kahwin ertinya dia berkahwin juga dengan seluruh ahli keluarga suaminya......termasuklah mak mertua.....bagi saya mak  dan mak mertua dua insan yang tiada gantinya.......Ya Allah rahmatilah dan lindungilah mereka, kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil lagi.....amin ya rabbal alamin.......

Pada 09 Ogos 2012 ....saya dan keluarga pulang ke kampung apabila menerima beberapa panggilan daripada abang ipar dan kakak ipar yang mengatakan mak mertua sakit tenat....hati saya dan suami merasakan sesuatu yang tidak menyenangkan hati....kami mengambil penerbangan jam 10.55am dengan kapal terbang MAS.....lebih kurang jam 12.30pm kami sampai di KLIA dengan terus mengambil teksi En. Hashim yang biasa mengambil dan menghantar kami....jam 2pm lebih sampai di Lanchang di rumah mak saya....bersiap-siap untuk pergi ke Hospital Jerantut kerana mak mertua dimasukkan ke wad kecemasan di sana....

Dengan meminjam kereta adik, saya  keluarga meneruskan perjalanan menuju ke Jerantut dalam jam 3pm....lebih kurang jam 4.30pm kami sampai di Hospital Jerantut....mak mertua masih di wad yang sama dalam keadaan yang tidak sedarkan diri....mak akan dibawa ke Hospital Temerloh untuk rawatan yang lebih sempurna....lebih kurang jam 5.30pm mula bergerak menuju ke Temerloh.....saya dan keluga singgah di masjij Jerantut solat asar dan meneruskan perjalanan ke Temerloh...singgah di Bazar Kuala Krau membeli juadah berbuka puasa....

Berbuka puasa dalam kereta....sampai di Hospital Temerloh terus mengambil bilik sewa sambil menunggu keputusan mak mertua akan dimasukkan ke wad mana...jam 8pm lebih mak dibawa masuk ke wad Kenanga14 tingkat 4 katil no2....saya dan suami mengiring mak ke wad.....mak masih tidak sedar.....kami adik beradik bergilir-gilir menjaga mak.....

Mak hanya boleh minum susu melalui hidung.....kesian mak.....ya Allah janganlah Engkau uji mak dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung olehnya....sesekali mak membuka mata dan mulut meyebut Allah....Allah.....bila diajar di telinganya....

Pada 19 Ogos 2012 , abang ipar berusaha untuk bawa mak keluar wad tapi doktor yang menjaga bahagian mak tiada bercuti....esoknya 20 Ogos 2012 saya dan keluarga dari Lanchang bersama mak datang untuk melawat mak mertua...bila sampai di Hospital dalam jam 2pm lebih mak mertua dah di bawa balik meneiki ambulans yang disewa....saya bergegas balik ke Lanchang untuk mengambil pakaian untuk balik ke Jerantut....samapai di Kg Tekah rumah mak mertua dalam jam 7pm....lebih kurang jam 10pm membantu adik ipar memberi mak minum susu....jam 12pm terasa mengantuk masuk tidur....tiba-tiba alam jam 2.40am kakak ipar mengejutkan saya untuk melihat mak mertua yang sedang nazak....memang saya betul-betul terkejut....tepat jam 2.45am mak mertua menghembuskan nafasnya yang terakhir....innalillahi wainna ilahi rajiunn...

Tanggal 21 Ogos 2012.....bersamaan 3 Syawal 1433H....mak mertuaku yang tersayang telah kembali ke rahmatullah....semoiga mak ditempatkan bersama orang-orang yang beriman disisi yang Maha Esa....

No comments:

Post a Comment