Tuesday, November 1, 2011

KISAH HIDUPKU…..


Saya hamba Allah yang telah dilahirkan pada tangkal 09 Julai 1973……
dilahirkan di sebuah kampung hasil perkongsian hidup mak dan abah tercinta.

Saya amat bersyukur memiliki mak dan abah yang telah memberi kasih sayang dan pendidikan yang baik kepada diri ini terutamanya dalam bidang agama…..alhamdulillah……semua adik beradik saya khatam Al-Quran ketika sekolah rendah lagi……mungkin faktor status abah seorang ustaz juga seorang guru Al-Quran di kampung…….masih teringat-ingat dibenak fikiran saya ini bagaimana keadaan belajar Al-Quran pada zaman itu…..kecut perut bila berhadapan dengan “tok guru “ biarpun dia abah ……kalau hari ini anak kena tengking sikit salah baca Iqra dah nangis……hai….itulah beza pendidikan dulu dengan sekarang terutama dalam bab pendidikan agama…..

Kalau tak silap darjah 5 ke dajah 6 saya khatam Al-Quran…….bila dah boleh baca Al-Quran insyaAllah baca jawi pun mesti boleh…..sebab zaman tu mana ade jQAF…..KAFA pun tak ada lagi……jadi pandai-pandai la belajar……

Zaman sekarang anak sekolah pagi petang…….hebat-hebat……kalah umi dan abah dulu……tapi kesian jugak…..tak ada rehatlah pulak……tapi kalau duk rumah je…..mesti duk mengadap ASTRO CERIA je kejenye……tak boleh jadi…..mau tak mau biar anak tu penat belajar dari penat duk tengok TV…..

Saya nak kongsi jugak susah payah pengalaman hidup saya dulu hingga kini……mungkin mereka yang membaca kisah saya ini boleh berkongsi suka duka dan buah fikiran anda dengan saya…..

Bila dah lalui susah payah ketika sekolah rendah kadang-kadang jalan kaki lebih kurang 5km…..dari sekolah ke rumah…….naik basikal jatuh basikal…..masa nak pergi sekolah…..pergi sawah padi ikut mak kadang-kadang pergi kebun getah ikut abah….kadang-kadang ikut kakak….angkat susu getah sampai tumpah-tumpah…..jual jambu air cocok kat lidi kelapa, tolong jualkan kacang orang mintak tolong……semua ni kerana nak menyara kehidupan dan pendidikan……saya bersyukur kerana semua ini mengajar saya erti perih gerih kehidupan…. anak-anak saya tak rasa semua ni……pergi balik sekolah kena hantar dan diambil……belanja sekolah sentiasa kena bagi tiada yang kena cari sendiri……hem…..itulah beza bagaimana pendidikan yang diberi oleh mak dan abah pada saya berbanding dengan zaman anak-anak saya sekarang…..
MENERIMA SIJIL PERGURUAN 2000 


1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete