Monday, October 29, 2012

KUIH-MUIH SAYA



POPIA SAYUR

ROTI SOSEJ

ROTI SAMBAL BILIS

APAM BAKAR PANDAN

KOCI KELAPA

SAMOSA KURMA UBI MANIS

Saturday, October 27, 2012

HOBI SAYA


Saya ingin berkongsi hobi atau minat saya......saya tak pandai memasak tetapi saya suka memasak...bila saya nak memasak guru pertama saya adalah mak saya.....lepas tu kawan-kawan, buku-buku juga internet....

Saya suka memasak apa saja jenis makanan terutama makanan Melayu....saya nak kongsi beberapa resepi yang saya masak kat sini.....

RESEPI 1:

APAM SRI DURIAN


BAHAN-BAHAN

1. 2 ulas isi durian diblander
2. 350gm tepung naik sendiri
3.  400gm tepung gandum
4 . 2 sudu ovellet
5.  650ml santan
6.  250gm gula
7.  5 biji telur
8.  sedikit garam
9.  satu biji kelapa diambil putih sahaja
10.2 sb tepung jagung

CARA-CARA

1. Pukul telur, ovellet dan gula sampai kembang
2. Masukkan santan, durian , garam dan akhir sekali kedua-dua tepung
3. Adun hingga sebati
4. Gaulkan kelapan putih dengan  tepung jagung dan sedikit garam
5. Letakkan  kelapa di acuan sedikit  kemudian masukkan sedikit adunan
6. Kukus selama 10 minit kemudian bolehlah dihidangkan

Monday, October 15, 2012

CONTOH LAPORAN PERSATUAN


LAPORAN TAHUNAN KOKURIKULUM
Lampiran H
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fuad Stephens, Kiulu
Berikut dikemukakan laporan Tahunan
PERSATUAN PELAJAR ISLAM (PerPis)
Bahagian A
1.
Guru Penasihat
1.Pn Karimah Abu Bakar
2.En. Suhaimi Suhailie

Semua guru muslim adalah AJK

2.
Jawatankuasa

Pengerusi: Khairul Hafizar Abdul Latif
T.Pengerusi: Suraya Lamin
Setiausaha:Erni Salwinah Abdul Salam
T.Setiausaha:Rohaida Dahlan
Bendahari:Yusli Jaafar
T.Bendahar:Mohd Ashraf Haris

AJK:

Tingkatan 1: Farahin Joitin
Tingkatan 2: Noraisa Akim
Tingkatan 3: Norfazilahwati
Tingkatan 4: Be Affiza Rozza Bennu
Tingkatan 5: Anikah Apin

Lawatan: Fendi Joitin / Muhammad
Disiplin:Khairi Azhar Abdul Latif / Harnizam
Kebersihan:Mohd Waizul / Mohd Lukman
Kerohanian:Mohd Afzan / Dayang

3
Hari / Masa Perjumpaan

Hari:Sabtu                            Masa:8.00am – 10.00am
Bilangan:13

Jumlah Perjumpaan:13 kali

4
Kegiatan / Aktiviti yang telah  di laksanakan
Tarikh
Aktiviti
4.1
11 Januari 2012
Mesyuarat Agong
4.2
09 Februari 2012
Mesyuarat sempena Maulidur Rasul
4.3
10 Februari 2012
Perarakkan Maulidur Rasul (Daerah Tuaran)
4.4
10 Februari 2012
Pertandingan Sepanduk (Daerah Tuaran)
4.5
14 Februari 2012
Mauliur Rasul (Peringkat Sekolah)
4.6
14 Februari 2012
Penyerahan anak angkat
4.7
14 Julai 2012
Gotong-royong Masjid Al-Hidayah Kiulu
4.8
20 Julai 2012
Ceramah ihya Ramadhan
4.9
08 Ogos 2012
Iftar bersama ibu bapa
4.10
21 Sept 2012
Solat Hajat perdana
4.11
21 Sept 2012
Halaqah Motivasi
4.12
21 Sept 2012
Bacaan Yassin
4.13
21 Sept 2012
Jamuan Aidil Fitri


5

Kegiatan/aktiviti yang tidak dapat dilaksanakan dalam tahun semasa
5.1
Lawatan sambil belajar
5.2
Kem Sahsiah
5.3
Sembelihan
5.4
Pengurusan Jenazah





6
Laporan Kewangan Unit Beruniform  PPIM

Lihat Lampiran





Saturday, October 6, 2012

TEKNIK MENJAWAB PEPERIKSAAN YANG BERKESAN



i.MASALAH  PEMBELAJARAN  PENDIDIKAN ISLAM

1. PELAJAR BERANGGAPAN  KECEMERLANGAN DALAM SUBJEK LAIN ADALAH LEBIH PENTING DARI SUBJEK PENDIDIKAN  ISLAM

AKIBATNYA:

MURID KURANG MINAT DAN TIDAK MEMBERI PERHATIAN SEPENUHNYA TERHADAP MATA PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

MURID SERING MEMBUAT  PERSIAPAN TERAKHIR

CARA MENGATASI
Tukar anggapan Mata pelajaran Pendidikan Islam

Ibadah dan amalan Maruah sebagai umat Islam

Kefahaman yang mantap dalam mata pelajaran Pendidikan Islam menjadi pemangkin kepada kejayaan mata pelajaran lain
Pedoman Hidup
Sejarah suka duka

2. MURID KURANG /TIDAK   MENGUASAI KEMAHIRAN ASAS PENDIDIKAN  ISLAM


ANTARANYA


i.  TIDAK MENGUASAI PEMBACAAN,PENULISAN DAN
AYAT HAFAZAN DALAM AL-QURAN DAN HADIS

ii. TIDAK DAPAT MEMBACA DAN MENULIS TULISAN
JAWI

iii. TIDAK DAPAT MEMBERI ISTILAH/DEFINISI
YANG TEPAT

CARA MENGATASI
Kuatkan semangat
Latihtubi
Kelemahan diri perlu dijadikan sebagai pemangkin untuk berubah BUKAN sebagai penghalang
Jangan takut untuk berubah
Sabar dalam setiap usaha
Istiqamah

3. KURANG PENGETAHUAN   TEKNIK MENJAWAB SOALAN YANG BETUL


AKIBATNYA


TIDAK DAPAT MENGUASAI KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN YANG BERKESAN

TIDAK DAPAT MENJAWAB  MENEPATI SKEMA PEMARKAHAN SPM



PERSEDIAAN UNTUK MENJAWAB PEPERIKSAAN

SEBELUM MENJAWAB

1. Baca arahan pada muka hadapan soalan.
2. Baca semua soalan

KERTAS 1 :
    Masa ; 2 jam
    BAHAGIAN A [OBJEKTIF]                                 
    BAHAGIAN B  (SOALAN 1- 4)
 Soalan 1 & Soalan 2 wajib jawab , Soalan 3 & Soalan 4 pilih       salah satu
           
 KERTAS 2:
 Masa: 1 jam 40 minit
    SOALAN 1 HINGGA 5
  Wajib jawab semua
3. Rancang Masa: KERTAS 2[1 JAM 40MNT] setiap soalan 20 minit.
4. Pilih / tanda soalan yang hendak dijawab
5. Tulis rangka jawapan/isi penting pada hujung soalan
6. Gariskan fakta / kata kunci penting pada
     soalan.
7. Bahagikan masa yang sama banyak untuk  
    setiap soalan.

SEMASA MENJAWAB
1.  Jawab Bahagian  A  dahulu 
2. Jawapan mestilah kemas,  ringkas, padat, tepat dan bersistem
3. Tulisan mesti baik (besar, jelas, kemas, bersih)
4. Mulakan jawapan dengan kepala jawapan.
5. Tulis nombor soalan
6. Tulis markah dihujung jawapan 
7. Tulis jawapan dalam bentuk point
8. Baca soalan dan gariskan kehendak   soalan
9. Selangkan beberapa baris di antara jawapan
10.Tinggalkan ruang untuk pemeriksa meletakkan markah pada bahagian    sebelah  kanan kertas jawapan                
11. Jawab semua bahagian / ceraian soalan
12.Berikan fakta / isi lebih dari yang diminta.
13.Jawab soalan yang senang dahulu dan jangan buang masa memikirkan soalan yang susah
14.Jawab pada muka surat baru bagi setiap soalan yang berlainan
15.Hayati soalan dan anggaplah ianya berlaku pada diri, keluarga dan masyarakat di sekitar anda
16.Jawab lebih dari 3 soalan [BAHAGIAN B Kertas 1]
17.Gunakan pen yang terang sebaik-baiknya pen warna hitam atau biru yang mediam

SELESAI MENJAWAB

Semak semula jawapan pada semua soalan.

 Jangan dipadamkan jawapan yang ragu-ragu

Jika terdapat jawapan yang tertinggal, sila beri maklumat isyarat kepada pemeriksa.

Contoh – Soalan 4 (b) ii- sila lihat di belakang / di sebelah/ di muka surat 7

4. Susun kertas jawapan mengikut   tertib          soalan.

5. Ikat kertas jawapan dengan   longgar dan kuat.

6. Pastikan semua jawapan telah dijawab

7. Hantar dan bertawakkal kepada Allah

AKTIVITI PERSATUAN PELAJAR ISLAM SMKTFS


Syabas dan tahniah kepada semua warga SMKTFS yang sentiasa mengembeling tenaga sama-sama membantu dalam menjayakan sebarang aktiviti yang dijalankan . 

Gembira dapat bergambar dengan ayam sebelum disembelih

Ayam-ayam sedang menunggu giliran untuk disembelih

Ustaz sedang membimbing pelajar untuk menyembelih

Sembelihan diperhati dengan teliti oleh ustaz

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 2012

KEPADA SEMUA CALON-CALON PMR 2012 DIUCAPKAN SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) YANG AKAN BERMULA PADA 09 OKTOBER HINGGA 16 OKTOBER 2012..
JANGANLAH LUPA TERUSKANLAH AMALAN-AMALAN INI..........





SENTIASALAH BERDOA DAN BERSERAH KEPADA YANG MAHA ESA
*JANGAN LUPA TUNAIKAN SOLAT 5 WAKTU.............JIKA BERKESEMPATAN TAMBAHLAH DENGAN SOLAT-SOLAT SUNAT TERUTAMA SOLAT TAHAJJUD, SOLAT HAJAT , SOLAT DHUHA DAN SOLAT-SOLAT SUNAT YANG LAIN..........SEMUANYA MEMPUNYAI FADHILAT  YANG AMAT BESAR UNTUK KITA SEMUA

*JANGAN LUPA BERWUDHUK SEBELUM BELAJAR DIIKUTI DENGAN BERDOA KEPADA ALLAH SUPAYA DITERANGKAN HATI DAN DIBERI KEKUATAN INGATAN DENGAN 
APA YANG TELAH DIPELAJARI DAN DIBACA SERTA DIHAFAZ

*JAUHKAN DIRI DARI MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMDUDHARATKAN KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL

*ISTIQAMAH  DALAM MELAKUKAN AMALAN-AMALAN KEBAIKAN

Monday, October 1, 2012

CONTOH SOALAN BAB IBADAT PENDIDIKAN ISLAM PMR 2012




























IBADAT


1
























2
























3


(21)SOLAT
JELASKAN PENGERTIAN SOLAT MENURUT ISTILAH SYARAK.
SENARAIKAN EMPAT SYARAT WAJIB SOLAT.
SENARAIKAN EMPAT SYARAT SAH SOLAT.
TULISKAN TIGA RUKUN QAULI DAN TIGA RUKUN FE’LI DAN RUKUN SOLAT.
APAKAH PERBEZAAN ANTARA SUNAT AB’AD DAN SUNAT HAI’AH DALAM SOLAT?
NYATAKAN DUA PERKARA SUNAT AB’AD.
SENARAIKAN EMPAT PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT.
APAKAH MAKSUD KHUSYUK MENURUT BAHASA?
NYATAKAN CARA UNTUK MENCAPAI KHUSYUK MELALUI HATI , AKAL DAN ANGGOTA BADAN.
JELASKAN TIGA PERKARA YANG BOLEH MENGHALANG SESEORANG MENAPAT KHUSYUK DALAM SOLAT.

(23)SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID DAN SOLAT SUNAT RAWATIB
JELASKAN PENGERTIAN SOLAT RAWATIB.
NYATAKAN TIGA CONTOH SOLAT RAWATIB.
TERANGKAN HIKMAT MENGERJAKAN SOLAT RAWATIB.
APAKAH MAKSUD SOLAT TAHIYATUL MASJID?
TERANGKAN KIFIAT MENUNAIKAN SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID.

(15)SOLAT JAMAK QASAR
JELASKAN MAKSUD RUKHSAH SOLAT.
JELASKAN PENGERTIAN QASAR DAN JAMAK.
NYATAKAN SOLAT-SOLAT YANG BOLEH DIJAMAKKAN.
APAKAH HUKUM MELAKUKAN SOLAT QASAR DAN JAMAK?
TERANGKAN MAKSUD SOLAT JAMAK TAQDIM DAN JAMAK TAKHIR.
NYATAKAN DUA SYARAT MELAKUKAN SOLAT JAMAK TAQDIM.
JELASKAN DUA HIKMAT DISYARIATKAN SOLAT QASAR DAN JAMAK.
NYATAKAN HUKUM BAGI MASALAH BERIKUT:
   - AHMAD MENJAMAKKAN SOLAT MAGHRIB DENGAN ISYAK   KETIKA DALAM PERJALANAN DARI PAHANG KE SINGAPURA.
   - HUSSIN TIDAK MENUNAIKAN SOLAT ASAR DALAM PERJALANAN DARI ALOR SETAR KE JOHOR BAHARU KERANA TERLALU PENAT.

(17)MENGHAYATI BULAN RAMADHAN
TERANGKAN UA KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN BERBANDING BULAN-BULAN YANG LAIN.
SENARAIKAN TIGA DARIPADA AMALAN-AMALAN SUNAT DI BULAN RAMADHAN.
HURAIKAN DUA KELEBIHAN MALAM LAILATUL QADAR.

(11)SOLAT KETIKA SAKIT
NYATAKAN APAKAH MAKSUD SOLAT KETIKA SAKIT?
MENGAPAKAH ISLAM MEWAJIBKAN SOLAT WALAUPUN DALAM  KEADAAN SAKIT?
APAKAH HUKUM MENINGGALKAN SOLAT DENGAN SENGAJA?
JELASKAN CARA-CARA MENUNAIKAN SOLAT DALAM KEADAAN SAKIT MENGIKUT TAHAP KEUPAYAAN.
JELASKAN CARA MENUNAIKAN SOLAT SECARA DUDUK DENGAN LENGKAP.
NYATAKAN DUA HIKMAT ISLAM MEMBERIKAN RUKHSAH SOLAT KETIKA SAKIT.
NYATAKAN PERBEZAAN ANTARA RUKHSAH SOLAT KETIKA SAKIT DENGAN RUKSAH SOLAT KETIKA MUSAFIR.
NYATAKAN HUKUM BAGI SITUASI BERIKUT:
      -AZLAN MENINGGALKAN SOLAT ISYAK KERANA TIDAK MAMPU UNTUK BERDIRI AKIBAT KEDUA-DUA KAKINYA TERSELIUH.
     -SARIMAH MENUNAIKAN SOLAT ASAR DALAM KEADAAN  BERBARING TANPA MENUTUP AURAT KERANA SAKIT.

(12)SOLAT SUNAT AIDIL FITRI DAN AIDIL ADHA
NYATAKAN PENGERTIAN SOLAT AIDIL FITRI  DAN SOLAT AIDIL ADHA.
NYATAKAN HUKUM MENUNAIKAN SOLAT AIDIL FITRI DAN AIDIL ADHA.
SENARAIKAN TIGA AMALAN SUNAT DILAKUKAN SEBELUM MENUNAIKAN SOLAT AIDIL FITRI AN AIDIL ADHA.
NYATAKAN TIGA PERBEZAAN ANTARA SOLAT HARI RAYA DENGAN SOLAT JUMAAT.

(14)SOLAT SUNAT TAHAJJUD
NYATAKAN MAKSUD SOLAT SUNAT TAHAJJUD MENURUT ISTILAH SYARAK.
JELASKAN TIGA KELEBIHAN ORANG YANG MENUNAIKAN SOLAT TAHAJJUD.
TERANGKAN CARA-CARA MENUNAIKAN SOLAT TAHAJJUD SECARA RINGKAS.
JELASKAN DUA PERBEZAAN ANTARA SOLAT TAHAJJUD  DENGAN SOLAT HAJAT.

(15)PENGURUSAN JENAZAH
NYATAKAN EMPAT KEWAJIPAN ORANG YANG HIDUP TERHADAP JENAZAH.
TERANGKAN LANGKAH-LANGKAH AWAL YANG PERLU DILAKUKAN ORANG YANG HIUP TERHADAP JENAZAH.
APAKAH HUKUM MENGURUSKAN JENAZAH ORANG ISLAM?
NYATAKAN DUA TUJUAN JENAZAH DIMANDIKAN.
JELASKAN DENGAN RINGKAS CARA MEMANDIKAN DAN MENGAPANKAN JENAZAH.
APAKAH MAKSUD SOLAT JENAZAH?
NYATAKAN RUKUN-RUKUN SOLAT JENAZAH.
NYATAKAN TUJUAN JENAZAH DIKEBUMIKAN.NYATAKAN HUKUM BAGI MASALAH BERIKUT:
      -JALALUIDIN MENGAPANKAN DATUKNYA YANG MENINGGAL DUNIA KETIKA DALAM IHRAM HAJI DENGAN HANYA MENGGUNAKAN PAKAIAN IHRAM TERSEBUT.
      -FAIZAH MENGAPANKAN  JENAZAH ANAK PEREMPUANNYA DENGAN MENGGHUNAKAN DUA LAPIS KAIN KAPAN SAHAJA.

(16)ZAKAT HARTA
NYATAKAN MAKSUD ZAKAT HARTA MENURUT BAHASA AN ISTILAH.
SENARAIKAN SYARAT-SYARAT WAJIB MENGELUARKAN ZAKAT HARTA.
SENARAIKAN EMPAT JENIS HARTA  YANG DIWAJIBKAN ZAKAT BESERTA CONTOH.
BERAPAKAH KADAR ZAKAT BAGI BINATANG TERNAKAN KAMBING DAN KERBAU?
NYATAKAN SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT BAGI  HASIL PERTANIAN.
BERAPAKAH NISAB ZAKAT BAGI EMAS DAN PERAK?
SENARAIKAN LAPAN ASNAF YANG LAYAK MENERIMA ZAKAT.
NYATAKAN PERBEZAAN ANTARA ZAKAT DAN CUKAI PENDAPATAN.
TERANGKAN DUA FUNGSI UTAMA PUSAT ZAKAT DITUBUHKAN DI MALAYSIA.
NYATAKAN HUKUMM BAGI SITUASI BERIKUT:
     -AHMAD KAMIL MEMBAYAR ZAKAT TERNAKANNYA KEPADA ANAK YATIM DI KAMPUNGNYA
     -PAK AZIZ MENGELUARKAN ZAKAT BAGI HASIL PADINYA YANG BERJUMLAH 10 RIBU KILOGRAM SETIAP KALI MENUAI
     -JURIAH TIDAK MENGELUARKAN ZAKAT BARANGAN KEMAS YANG DIPAKAINYA SETIAP HARI.