Saya ingin berkongsi hobi atau minat saya......saya tak pandai memasak tetapi saya suka memasak...bila saya nak memasak guru pertama saya adalah mak saya.....lepas tu kawan-kawan, buku-buku juga internet....
Saya suka memasak apa saja jenis makanan terutama makanan Melayu....saya nak kongsi beberapa resepi yang saya masak kat sini.....
RESEPI 1:
APAM SRI DURIAN
BAHAN-BAHAN
1. 2 ulas isi durian diblander
2. 350gm tepung naik sendiri
3. 400gm tepung gandum
4 . 2 sudu ovellet
5. 650ml santan
6. 250gm gula
7. 5 biji telur
8. sedikit garam
9. satu biji kelapa diambil putih sahaja
10.2 sb tepung jagung
CARA-CARA
1. Pukul telur, ovellet dan gula sampai kembang
2. Masukkan santan, durian , garam dan akhir sekali kedua-dua tepung
3. Adun hingga sebati
4. Gaulkan kelapan putih dengan tepung jagung dan sedikit garam
5. Letakkan kelapa di acuan sedikit kemudian masukkan sedikit adunan
6. Kukus selama 10 minit kemudian bolehlah dihidangkan
No comments:
Post a Comment