Posts

Showing posts from November, 2011

MAK & MAK MERTUA

Image
Kedua-dua insan ini adalah orang paling banyak berkorban untuk diri ini........mak menjangkau usia 70an manakala mak mertua pula pertengahan 70an..... Mak mertua yang semakin uzur Mak berhari raya di Sabah Semoga mak sentiasa tabah dan sabar menghadapi ujian hidup ini Rasanya tiada beza antara kedua insan ini hanya yang membezakan mak melahir dan membesarkan diri ini manakala mak mertua pula melahirkan dan membesarkan suamiku......apabila seseorang itu kahwin ertinya dia berkahwin juga dengan seluruh ahli keluarga suaminya......termasuklah mak mertua.....bagi saya mak  dan mak mertua dua insan yang tiada gantinya.......Ya Allah rahmatilah dan lindungilah mereka, kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sewaktu kami kecil lagi.....amin ya rabbal alamin....... Pada 09 Ogos 2012 ....saya dan keluarga pulang ke kampung apabila menerima beberapa panggilan daripada abang ipar dan kakak ipar yang mengatakan mak mertua sakit tenat....hati saya dan suami meras...

SAYA DAN CUTI SEKOLAH

Tepat jam 12.15 tgh pada 19 November 2011 yang lalu saya dan keluarga telah memasuki ruangan boarding untuk menaiki kapal terbang untuk bercuti di kampung sempena cuti sekolah ini.Anak-anak lah yang paling seronok bila tiba musim balik kampung macam ni......m bolehlah yang penting selamat semasa dalam penerbangan ada juga masanya kecut jugak perut sebab agak bergoyang kapal hari itu sebab cuaca kurang memuaskan...alhamdulillah jam 3 lebih kami mendarat di KLIA.....kereta yang mengambil kami pun dah lama menunggu......mulakan perjalanan menaiki kereta Honda sampai di Putera Jayatukar kereta Wira....apa-apapun ok la.....yang penting selamat sampai.....berhenti solat jamak takhir di tol Gombak......makan roti canai mamak di Restoran berhampiran Shell di Gombak....teruskan perjalanan berhenti pulak solat Maghrib di tol Karak....alhamdulillah lebih kurang jam 8 lebih sampai rumah.....mak dah lama tunggu.....makan malam dengan hidangan yang disediakan oleh mak......rehat jap lepas tu tido k...

IMAM AL-GHAZALI

IMAM AL-GHAZALI RIWAYAT HIDUP Nama    : Ab Hamad Muhammad bin Muhammad Lahir      : Di Bandar Tus , Khurasan ( Iran ) Tarikh    : 450 Hijrah / 1058 Masihi Gelaran Ghazali sempena nama kampungnya Ghazalah . Dari keluarga miskin. Ayahnya pemintal bulu kambing Meninggal dunia pada 505 H / usia 55 T. SIFAT PERIBADI Memiliki ketinggian ilmu Sangat gigih dalam menuntut ilmu Cintakan ilmu Sabar menghadapi kesusahan hidup Daya ingatan yang kuat Bijak dalam berhujah Digelar Hujjatul Islam kerana kecekapan dan kekuatannya membela Islam PENDIDIKAN Dididikan awal daripada abangnya Meneruskan pengajian dalam pelbagai bidang ilmu Membuat perbandingan antara mazhab mengenai sesuatu hukum Dilantik sebagai mahaguru di Madrasah Nizamiah Mengembara ke beberapa negara untuk menuntut ilmu SUMBANGAN Penasihat kepada Perdana Menteri Pensyarah Kanan di Universiti Nizamiah Mendukung aliran ahli sunnah waljamaah...

SEJARAH RINGKAS IMAM ABU HANIFAH

IMAM ABU HANIFAH RIWAYAT HIDUP Nama     : Nu’man bin Tsabit Rahimahullah Lahir       : Kufah Masa      : 80 hijrah / 699 masihi Keturunan :   Parsi Dikenali sebagai Abu Hanifah kerana mempunyai anak benama Hanifah. Keluarganya mewah kerana bapanya adalah ahli perniagaan. PENDIDIKAN Pelajari pelbagai ilmu terutama ilmu undang-undang Islam Penglibatan dalam perniagaan bolehkan beliau mengeluarkan pendapat tentang hukum Islam berkaitan ekonomi. Gurunya ialah Imam Hammad Abi Sulaiman selama 18 tahun dan beberapa sahabat. SIFAT PERIBADI Memiliki ketinggian ilmu pengetahuan Seorang yang pemurah Mempunyai cita-cita yang tinggi Rajin beribadah Seorang yang warak dan qanaah SUMBANGAN Menyampaikan ilmu pegetahuan kepada orang ramai Pakar dalam ilmu feqah Orang pertama menyusun kitab feqah mengikut bab dan tajuk secara tersusun Teliti dalam menentukan martabat hadis Menulis ...

AKTIVITI PERSATUAN PELAJAR ISLAM 2011

Image
Bilangan pelajar Islam di sekolah Tun Fuad Stephens hanya lebih kurang 102 orang.....tapi alhamdulillah senang sikit nak buat aktiviti pelajarnya tak ramai....dari awal tahun 2011 pelbagai aktiviti telah dirancang anataranya Minggu Penghayatan Islam sepanjang minggu ini ada beberapa pertandingan diajnurkan antaranya Tilawahah Al-Quran, Hafazan , Syarahan , Kuiz , Berbalas Pantun, Nasyid , Mini Banner , Kemahiran Jawi dan Azan .Tujuan program ini dibuat untuk mencari wakil ke peringkat daerah di SMK. Tamparuli.... Kemudian dibuat program ceramah    dan perarakan sempena MaulidurRasul. Pelajar sedang diajar cara menyembelih yang betul Ayam-ayam yang akan disembelih Ustaz  sedang menunjukkan cara yang betul untuk menyembelih Pelajar memberanikan diri untuk menyembelih sedang dipantau oleh ustaz

SAYA DAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

Apabila saya diberi mandat dan amanah serta tanggungjawab untuk mengajar pendidikan Islam terasa amat besar tanggungjawab yang dipikul.....adakah saya mampu untuk melaksanakan amanah ini dengan sempurna......?Tentu banyak cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi.....sekarang sudah masuk 10 tahun lebih saya mengajar matapelajaran pendidikan Islam ini di 2 buah sekolah yang amat berbeza latarbelakang pelajar-pelajarnya.... Saya tertanya-tanya kenapa susah betul pelajar-pelajar ini untuk menerima dan mengamalkan apa yang diajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam....dimanakah silapnya? Bila ditanya tentang solat tak sampai pun 20% daripada mereka yang melaksanakan ibadat itu dengan sempurna 5 waktu sehari semalam , walaupun mereka tahu ibadat itu adalah wajib dan berdosa jika ditinggalkan.....tapi mereka masih melakukannya.....puasa pun begitu....adakah keadaan persekitaran yang mempengaruhi mereka ini...... keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang rapat dengan mereka...? Di...

HIDANGAN AIDIL ADHA

Image
Semalam saya belajar dapat satu lagi ilmu yang berguna iaitu membuat Ketupat Palas......alhamdulillah ada kawan yang sanggup ajar dan tolong buat ketupat tu sampai siap....... Ketupat Palas dan ketupat biasa yang dah masak   Kalau kita rajin belajar insyaAllah apa-apa pun boleh dibuat.......yang penting usaha......buat Rendang Kicap Daging Kerbau Rendang Kicap Daging Kerbau Tambah lagi Rendang Ayam takut-takut kalau ada tetamu yang tak makan daging.... Rendang Ayam Untuk kanak-kanak hemmmkasi goreng sayap ayam..... Sayap Ayam Goreng       Menu sampingan Mee Hailam..... Kuah untul Mee Hailam Pencuci mulutnya Agar-Agar Pandan..... Agar-Agar Pandan Alahmdulillah dapat menyiapkan menu untuk hidangan tetamu Hari Raya Aidil Adha.......

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA....

Allahuakbar......Allahuakbar.......Aallhuakbar....Allahuakbar Wallillahilham......Ketika dan saat ini umat Islam seluruh dunia meraikan Hari Raya Haji, Hari Raya Korban ataupun Aidil Adha.....denagn gema takbir yang akan berkumandang sehingga 13 Zulhijjah.....umat Islam di Tanah Suci sedang melakukan ibadat haji dalam menyempurnakan rukun Islam yang kelima.....semoga mereka semua dikurniakan haji yang mabrur.....umat Islam yang lain ada sedang melakukan ibadat korban dengan menyembelih binatang ternakan yang cukup syarat-syaratnya untuk beribadat kepada Allah...... Pada hari ini juga mengingatkan kita sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. yang sanggup menyembelih anaknya sendiri Ismail a.s. sebagai mentaati perintah Allah..... Apa pula pengorbanan yang saya lakukan untuk agama....?Ya...Allah Engkau kuatkanlah imanku dan teguhkanlah pendirianku dalam menghadapi kehidupan ini.....

LIWAT DAN MUSAHAQAH....BERBEZA TAPI SAMA....

Sekarang isu seks sejenis yang rancak diperkatakan.....Beza antara liwat dan musahaqah ialah ....liwat hubungan seksual sama jenis lelaki dengan lelaki (homoseksual) manakala musahaqah hubungan sejenis perempuan dengan perempuan (lesbian).....yang samanya ialah kedua-dua perbuatan ini berdosa besar.... Al-Quran telah menceritakan bagaimana Allah telah membinasakan umat terdahulu telah yang telah mengamalkan homoseksual dalam kehidupan mereka sebagai balasan negeri mereka telah diterbalikkan apabila mereka tidak menerima dan mengindahkan ajaran Rasul yang diutuskan kepada mereka yang melarang mereka dari melakukan perbuatan tersebut. Sama-samalah kita menentang habis-habisan perhimpunan yang cuba menghalalkan hubungan seks sejenis yang jelas bertentangan dengan ajaran agama dan perbuatan yang dilaknat oleh Allah s.w.t.

KERJA SAMPINGAN.....KEPERLUAN ATAU SUKA-SUKA

Setahu saya kerja sampingan ini ialah kerja yang dilakukan disamping suatu pekerjaan yang sedia ada atau lebih tetap.Bagi saya dengan keadaan ekonomi serta kos hidup sekarang jika hanya bergantung kepada "makan gaji" memang tidak cukup. Belanja anak sekolah , minyak kereta , sewa rumah , duit kereta , air , elekterik , telepon dan macam-macam lagi bayaran yang perlu dibayar......mahu tak mahu kena cari jalan untuk income tambahan......terpulang asalkan halal......saya minat memasak jadi saya mulakan dengan berjual kuih muih serta sarapan pada tahun 2001 ....alhamdulillah.....jual jam 6.00am jam 8.00am abis sudah.....bolehlah tambah pendapatan belanja dapur.....lepas tu tumpang kawan berjualan di bazar Ramadhan.....tak bolehlah jual banyak sebab tumpang orang.....lepas tu tahun 2007 buka gerai sendiri di bazar Ramadhan.....alhamdulillah ......terus 2009 ambil tapak di pasar malam sampai sekarang.....kalau hanya tunggu gaji hujung bulan memang tak cukup....dengan berjualan wal...

BELAJARLAH APA PUN ILMU ASALKAN IANYA BAIK....

Image
Alhamdulillah....hari ini dapat melihat betapa Maha Kuasanya Allah yang telah mengurniakan pelbagai ilmu kepada makhlukNya yang mahu berusaha untuk mendapatkan ilmu tersebut..... Bila ada ilmu dan kemahiran jangan lupa untuk dikongsikan dengan orang lain....kerana ilmu itu bukan milik kita tapi dipinjamkan olehNya kepada kita.....sebagai suatu nikmat dan kadang-kadang menjadi suatu ujian kepada kita....... "Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China".....hari ini walapun saya tak pergi ke negeri China tapi saya dapat ilmu dari bangsa Cina......mereka ajar bagaimana nak "hias" kek.....memang cantik dan memukau mata saya bila melihatnya...... Dalam proses meratakan krim Proses membentuk hiasan kek Kek siap dibentuk Cara membuat bunga hiasan kek Sedang membuat bunga Lili Kek dihias dengan bunga Lili Jem mangga sebagai topping kek Jem diratakan dengan penuh cermat...