|
Semoga menjadi anak yang soleh...amin.. |
Dari pengalaman saya mengajar Pendidikan Islam dari tahun 2001 hingga kini jika dikaji dan diamati seandainya segala ilmu yang diajar oleh ustaz dan ustazah selama 5 tahun di sekolah menengah, pastinya pelajar yang seiring ilmu dan pengamalannya akan menjadi pelajar yang soleh dan solehah......yang menjadi tanda tanya salah siapakah ini ustaz dan ustazahnya kah atau pelajar-pelajarnya....apabila ilmu yang diajar kekadang hanya untuk sekadar memenuhi syarat dalam peperiksaan sebagai pelajar muslim mesti ambil pendidikan Islam....jika diberi pilihan barangkali ramai pelajar yang tidak mahu mengambil subjek pendidikan islam.....yang diaggap susah dan membebankan ....ada kena menghafal ayat Al-Quran.....tajwid.......jawi......hei....susahnya.....inilah keluhan biasa yang keluar dari mulut pelajar yang menganggap belajar hanya untuk di sekolah.....peperiksaan....tapi bukan untuk amalan dalam kehidupan......sedangkan membaca dan tahu ilmu Al-Quran itu adalah "fardhu ain" ke atas setiap diri individu muslim yang mukallaf....adakah sukatan yang diajar itu terlalu membebankan.....?Mungkin beban bagi pelajar yang merasakan perkara yang diajar itu menyusahkan......nak hafal itu nak hafal ini....tak boleh itu tak boleh ini....maka apa yang mudah pun akan jadi susah bila ianya dianggap susah.......
No comments:
Post a Comment