Apabila saya diberi mandat dan amanah serta tanggungjawab untuk mengajar pendidikan Islam terasa amat besar tanggungjawab yang dipikul.....adakah saya mampu untuk melaksanakan amanah ini dengan sempurna......?Tentu banyak cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi.....sekarang sudah masuk 10 tahun lebih saya mengajar matapelajaran pendidikan Islam ini di 2 buah sekolah yang amat berbeza latarbelakang pelajar-pelajarnya....
Saya tertanya-tanya kenapa susah betul pelajar-pelajar ini untuk menerima dan mengamalkan apa yang diajar dalam matapelajaran Pendidikan Islam....dimanakah silapnya? Bila ditanya tentang solat tak sampai pun 20% daripada mereka yang melaksanakan ibadat itu dengan sempurna 5 waktu sehari semalam , walaupun mereka tahu ibadat itu adalah wajib dan berdosa jika ditinggalkan.....tapi mereka masih melakukannya.....puasa pun begitu....adakah keadaan persekitaran yang mempengaruhi mereka ini...... keluarga, kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang rapat dengan mereka...?
Di sekolah yang pertama saya mengajar di mana majoritinya adalah pelajar Islam.......berbuih mulut , nak keluar anak tekak pun ada rasanya menasihati dan menegur mereka ini Allah sahaja yang tahu beratnya amanah yang terpikul di bahu ini......ilmu yang disampaikan adalah ilmu fardhu ain yang mmahu tidak mahu mesti dibuat....tidak seperti matapelajaran lain adalah fardhu kiifayah untuk dipelajari.....Allah akan tanya di sana nanti solat serta amal ibadat kita yang lain .......tapi ilmu lain bila kita meninggalkan dunia ini setakat itu sahaja ilmu tersebut kita tinggalkan......
Bila saya berpindah ke sekolah yang ke-2 pelajar Islamnya adalah minoriti.....tapi yang saya suka dan kagumi mereka adalah sikap mereka yang menyejukkan hati.....sama ada dalam menuntut ilmu mahaupun akhlak mereka......walaupun dari segio pengamalan ilmunya 2 x 5 juga dengan sekolah yang pertama tapi mereka ini lebih senang diurus....kebanyakkan mereka mempunyai asas pendidikan Islam yang agak lemah kerana ibu bapa mereka kebanyakkannya convert .......tidak hairanlah kalau mereka lemah dalam ilmu pendidikan Islam....semoga Allah memberi kekuatan pada diri ini untuk meneruskan usaha untuk menyampaikan ilmu ini dengan tabah sehingga ke akhir hayat......insyaAllah
No comments:
Post a Comment