Wednesday, September 12, 2012

SIRAH & TAMADUN ISLAM TINGKATAN 4



PENUBUHAN KERAJAAN
BANI UMAIYAH
Sempena nama Muawiyah bin Abi Sufian
Muawiyah menjadi gabenor di Syam semasa kerajaan ar-Rasyidin.
Setelah dipecat oleh Sayidina Ali , beliau mula menunjukkan sikap penentangan sehingga berlaku peperangan Siffin dan majlis Tahkim.
Golongan Khawarij tidak bersetuju lalu membunuh Sayidina Ali.
Puak Syiah telah melantik Hasan bin Ali namun beliau telah serahkan jawatan kepada MuawiyahKHALIFAH

KERAJAAN UMAYYAH YANG BERPUSAT DI DAMSYIK
Muawiyah bin Abu Sufian
Yazid bin Muawiyah
Muawiyah bin Yazid
Marwan bin Al-Hakam
Abdul Malik bin Malik
Hisyam bin Abdul Malik
Sulaiman bin Abdul Malik
Omar bin Abdul Aziz
Yazid bin Abdul Malik
Hisyam bin Abdul Malik
Al-Walid bin Yazid
Yazid bin Al-Walid
Ibrahim bin Al-Walid
Marwan bin Muhammad

PERBEZAAN KETENTERAAN

Khulafa’ Ar-Rasyidin 
Bani Umayyah 
-Pemilihan secara sukarela
-Perlantikan panglima kepada sesiapa sahaja yang mampu dan berkebolehan
-Latihan ketenteraan secara umun
-Terdiri daripada tentera laut dan darat
-Awalnya sukarela kemudian menjadi satu kerahan tenaga kepada rakyat Arab yang memenuhi syarat-syaratnya
-Perlantikan panglima diberi keutamaan kepada orang-orang Arab
-Latihan secara khusus dimusim sejuk dan panas
Terdiri dari tentera laut dan darat

SUMBANGAN BANI UMAIYAH
KETENTERAAN
Bilangan anggota tentera ditambah
Disiplin anggota tentera dipertingkatkan
Menggunakan peralatan canggih
Armada laut diperkenalkan

PERKEMBANGAN KETENTERAAN
KERAJAAN UMAYYAH

Kemaskini dengan meniru corak gerakan tentera Parsi
Khalifah Abdul Malik bin Marwan telah mewajibkan setiap rakyat menjadi tentera
Kerajaan telah menubuhkan dewan Al-Jundi yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus hal ehwaal ketenteraan
Membahagikan tentera kepada 5 bahagian
Pasukan teras – Kalbu Jaisu
Sayap kanan – Al-Yaminah
Sayap kiri – Al-Yasirah
Pasukan barisan hadapan – Al-Muqadimah
Pasukan barisan belakang – Safatul Jaisu

PERKEMBANGAN ANGGOTA TENTERA DARAT

Angkatan perang dilengkapi dengan peralatan moden dan canggih
Dilatih berperang dalam musim panas dan sejuk sebagai langkah untuk berperang dengan Rom di Eropah
Tenteranya terdiri daripada angkatan berkuda, berkenderaan dan berjalan kaki

PERKEMBANGAN ANGGOTA TENTERA LAUT
Muawiyah telah menyusun anggota tentera yang berjumlah 1700 kapal perang dan membina pengkalan tentera di Tunisia
Pelabuhan di Syria dan Iskandariah di Mesir pula dijadikan pengkalan perang

TOKOH-TOKOH PEJUANG TERKENAL
Muhammad bin Qasim Al-Thaqafi membuka wilayah di Sind dan India
Tariq bin Ziad membuka negara-negara ”Ma wara” An-Nahar
Musa bin Nasir membuka Afrika Utara
Musallamah bin Abdul Malik berjaya membuka kubu-kubu Rom

TUJUAN PERKUATKAN KETENTERAAN DALAM ISLAM
Menyebarkan dakwah
Mempertahakan negara dari ancaman kuasa asing
Perluasaan kuasa untuk menjadi kuasa terkuat di dunia

PENDIDIKAN
Institut pengajian mula diperkenalkan
Tenaga pengajar dari luar diambil
Usaha menterjemah buku bahasa asing ke bahasa arab
Ilmu diperkembangkan

FAKTOR PERKEMBANGAN PENDIDIKAN
Galakkan daripada Khalifah. Contoh Abdul Malik bin Marwan dan Omar bin Abdul Aziz sendiri adalah khalifah yang alim dalam bidang al-Quran, tafsir, hadis dan sebagainya serta menjadi tumpuan pendidik pada zaman itu
Lahirnya tokoh-tokoh ulama’ contoh Imam Abu Hanifah, Iman Malik dan sebagainya
Berlaku perluasaan bidang ilmu – contoh sejarah Geografi, hisab, mantiq dan sebagainya   
Wujudnya pelbagai kemudahan asas yang menggalakan bidang pendidikan contoh perpustakaan, masjid dan istana (juga menjadi pusat pendidikan pada zaman ini)
Perkembangan kota Basrah menjadi pusat penyebaran ilmu

BIDANG ILMU YANG DIPELAJARI
Ilmu keagamaan/ilmu naqli seperti tafsir, qiraat dan tauhid
Ilmu-ilmu baru/ilmu naqli seperti mantik hisab, geografi, sejarah dan sebagainya
Bidang penulisan, penterjemahan, dan pembukuan ilmu yang menyebabkan lahirnya displin ilmu yang dikenali sebagai ”At-Tadwin”
INSTITUSI PENDIDIKAN
Masjid diadakan secara percuma
Istana Khalifah khusus untuk keluarga khalifah sahaja
Sekolah rendah dan menengah yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas
Khuttab iaitu kelas bimbingan asas untuk kanak-kanak
Perpustakaan untuk melakukan penyelidikan dan sebagainya

KESAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TERHADAP TAMDUN EROPAH
Pada kurun ke-10, kota Cordova telah menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah
Al-Hakim 11 telah menubuhkan sebuah perpustakaan yang besar sebagai tempat rujukan para sarjana
Terdapat beberapa buah kolej dan universiti serta 70 buah perpustakaan di Andalus
Pusat pendidikan yang utama ialah di Servile, Toledo dan Grenada
Ramai pelajar dari Eropah datang belajar di Andalus pada masa itu

AHLI BIJAK PANDAI PADA ZAMAN INI
Ibnu Hazan dan Ibnu Zaid bidang bahasa dan sastera Arab
Zarib dan Famas bidang muzik
Ibnu Sina, Ibnu Razi dan Ibnu Zahrawi bidang perubatan
Ibnu Rushd, Ibnu Bajah dan Al-Farabi bidang falsafah
Karya-karya mereka telah dibawa ke Eropah dan diterjemahkan ke beberapa bahasa seperti Inggeris, Perancis dan sebagainya

EKONOMI
Membina kilang-kilang perusahaan
Menggalakkan industri kampung
Kegiatan ekonomi dipelbagaikan
Mengadakan hubungan perniagaan dengan negara luar

KEGEMILANGAN
TAMADUN ISLAM
Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah
Penguasaan ilmu pengetahuan
Eknomi yang stabil
Kekuatan aspek ketenteraan
Perhubungan baik antara kerajaan dan rakyat
Semangat jihad yang tinggi

FAKTOR KEMEROSOTAN
Sikap pemerintah yang mengabaikan ajaran Islam
Kemewahan menyebabkan mereka lalai dari melaksanakan tugas terhadap rakyat
Wujud semangat kabilah dan pilih kasih dalam kerajaan
Rakyat tidak puas hati terhadap pemerintah
Serangan tentera Abasiyah



KERAJAAN
KHULAFA’ AR-RASYIDIN

4 KHALIFAH TERKENAL

BIODATA TOKOH
Nama: Abdullah bin Abi Khulafah.
Tarikh lahir: 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah.
Keturunan: Bani Tamim.
Gelaran: As-Siddiq (membenarkan segala perbuatan dan percakapan Rasul SAW).
Tarikh wafat: 13H (memerintah 2 tahun).

CARA PEMILIHAN KHALIFAH ABU BAKAR

Berlaku perselisihan pendapat antara Ansar dan Muhajirin selepas kewafatan Rasul SAW .
Peristiwa itu berlaku di Saqifah Bani Sai’dah.
Setelah berbincang, Abu Bakar telah mencadangkan Umar dan Ubaidah.
Mereka menolak dan Umar telah membaiah Saidina Abu Bakar

POLISI PENTADBIRAN KHALIFAH ABU BAKAR
Memerangi golongan yang murtad, nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat kerana beliau berijtihad bahawa orang yang mengengkari kewajipan bayar zakat adalah dikira menafikan rukun Islam.
Menggerakkan semula tentera Usamah bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghassan yang telah membunuh utusan Rasul SAW kerana berpendapat beliau tidak patut merubah bendera yang telah diikat oleh Rasul SAW.
Beliau melantik pengganti khalifah untuk tidak menimbulkan perselisihan selepas kewafatannya.

SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR
Mendaulatkan kerajaan Islam dari ancaman golongan murtad, nabi palsu dan golongan tidak membayar zakat .
Membebaskan negeri-negeri di bawah naungan Rom dan Parsi.
Mengumpulkan tulisan al-Quran.

BIODATA KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
Umar bin Al-Khatab bin Naufal.
Tarikh lahir: 584M (13 tahun selepas kelahiran Rasul SAW).
Keturunan: Bani A’di, Quraisy.
Tarikh perlantikan: Selasa 22 jamadil awal tahun 13H.
Tempoh perkhidmatan: 10 tahun 6 bulan
Tarikh wafat: Zulhijjah tahun 23H (usia 63 tahun).
Gelaran: Al-Farok (pemisah antara yang hak dan yang batil).

CARAPEMILIHAN
KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

Dipilih oleh Abu Bakar ketika beliau sedang sakit.
Beliau telah meminta pandangan ramai tentang pemilihan tersebut.
Wasiat tentang perlantikan tersebut telah ditulis oleh Saidina Usman bin Affan.

POLISIPENTADBIRAN
KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
Menyusun semula pentadbiran tanah yang di bawah penguasaan Islam, di mana tanah ini dimasukkan sebagai harta negara.
Tentera Islam tidak lagi mendapat harta ghanimah sebagaimana lazimnya.
Beliau tidak membenarkan para sahabat keluar atau meninggalkan kota Madinah melainkan dengan keizinannya.

SUMBANGAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB
Menyusun pentadbiran majlis syura.
Menunbuhkan beberapa jabatan untuk melicinkan pentadbiran negara seperti ”dewan al-jundi” dan ”dewan al-kharaj”.
Menyusun undang-undang tanah negara.
Mengisytiharkan kalendar mengikut tahun hijrah.
Menubuhkan pasukan tentera laut dan polis.

Biodata
Nama: Usman bin Affan bin Al-Aus bin Umayyah
Tarikh lahir:576M (6 tahun selepas tahun Gajah)
Keturunan: Bani Umayyah
Tarikh perlantikan: 23H (644M)
Tempoh perkhidmatan: 12 tahun
Tarikh wafat: 18 zulhijjah 35H (dibunuh oleh pemberontak ketika sedang membaca al-Quran)
Gelaran: Zu Nurain (yang punya dua cahaya kerana mengahwini 2 orang puteri Rasul SAW

Cara Pemilihan
Ketika sedang sakit, Saidina Umar telah mencalonkan 6 orang sahabat untuk menggantikan tempat beliau
Mereka ialah Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidah, Zubair bin Al-Awwam, Saad bin Abi Waqas
dan Abdul Rahman bin Auf
Talhah, Zubair dan Saad menarik diri
Abdul Rahman bin Auf pula memilih untuk menjadi pemegang amanah di mana beliau telah menemui orang ramai dan meminta mereka memilih calon yang sesuai
Saidina Uthman terpilih dan orang ramai membaiahnya

Polisi Pentadbiran
Memberi peluang kepada para sahabat yang ingin berjuang dan menyebarkan pengaruh islam
Mereka tidak dilarang dari meninggalkan kota Madinah
Melonggarkan syarat penggunaan harta baitulmal
Menetapkan al-Quran dibaca mengikut lahjah Quris
Kebanyakkan gabenor dilantik dari kalangan Bani Umayyah yang berkelayakan

Sumbangan Tokoh
Menyumbangkan harta dan kekayaan untuk pertahankan islam
Mengumpul dan membukukan al-Quran dalam satu naskah (Mashaf Usmani)
Membesarkan angkatan tentera laut dan darat yang membawa kepada perluasan kuasa islam

Biodata
Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib
Tarikh lahir: 601M (10 tahun sebelum nabi menjadi rasul)
Keturunan: Bani Hasyim
Tempoh perkhimatan: 4 tahun
Tarikh wafat: 17 Ramadhan 41H (655M)
Sebab kematian: Dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljan di Kufah
Gelaran: Abu Hasaan dan Abu Thurab
Merupakan kanak-kanak pertama memeluk islamDidoakan karamah Allahu wajhah bermaksud orang yang dimuliakan wajahnya oleh Allah kerana tidak pernah menyembah berhalaNegara hura hara selepas kewafatan Saidina Usman
Pihak pemberontak telah meminta beliau menjadi khalifah
Beliau menerima memandangkan keadaan negara kian meruncing
Orang ramai membaiah beliau
Menukar pegawai - pegawai berketurunan bani Umayyah termasuk Muawiah
Meneruskan majlis tahkim walaupun mendapat tentangan dari puak Khawarij

PERANAN KHALIFAH
Melaksanakan hukum islam dalam semua aspek negara dengan adil dan mengagihkan harta kekayaan negara dengan adil dan saksama
Mengawal kesejahteraan dan keamanan negara
Mengawal keselamatan negara dari sebarang ancaman musuh
Memelihara kesucian agama islam
Bertanggungjawab memungut dan menguruskan kewangan negara
Bertanggungjawab melantik pegawai-pegawai untuk bekerjasama mentadbir negara

CIRI KEPEMIMPINAN
Menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sumber rujukan
Adil terhadap semua lapisan rakyat
Bertanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat
Mengamalkan akhlak yang mulia
Menjadi sumber rujukan umat Islam selepas kewafatan Rasulullah.

SISTEM PENTADBIRAN
Berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah
Menjalankan syariat Allah dalam semua urusan
Melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar
Meneruskan dasar pemerintahan Rasulullah
Mengamalkan syura dalam setiap keputusan negara

DASAR PENTADBIRAN
undang-undang dan perlembagaan negara berdasarkan al-Quran dan hadis
Khalifah punya kuasa buat keputusan berdasarkan keputusan majlis syura
Rakyat wajib taati pemimpin yang mentaati syariat islam
Rakyat boleh tegur pemimpin mengikut saluran tertentu

PEMBAHARUAN
Penubuhan Majlis Syura
Pentadbiran wilayah yang semakin luas
Penubuhan jabatan yang dikenali sebagai “ad-Diwan”.
                a. Diwan al-Jund ( Jab. Ketenteraan )
                b. Diwan al-Kharaj ( Jab. Hasil )

SISTEM SYURA
Dianggotai mereka yang dipilih oleh suara ramai.
Ahli terdiri dari mereka yang berkebolehan dan dipercayai
Mencapai kata sepakat dalam sesuatu perkara

KESAN POSITIF

KEMAJUAN SOSIAL
1. Penduduk pelbagai bangsa hidup
 dalam keharmonian
2. Penekanan pendidikan untuk semua
 golongan masyarakat
3. Kebajikan untuk semua rakyat
4. Keutamaan keadilan untuk semua
5. Menyediakan kemudahan awam

KEMAJUAN EKONOMI
PERLUASAN WILAYAH

No comments:

Post a Comment